-It is better to laugh about your problems than to cry about them-

Isnin, 31 Januari 2011

x clasmate

Tetiba rindu pulak kat semua budak class aku dulu masa aku belajo kat poli port dickson dulu. Walaupun aku takdelah rapat giler2 tapi aku suka dengan diorang sebab diorang tak hipokrit pun .Dah setahun aku habis belaja kat sana dan aku pun dah masuk belaja kat tempat baru.Tapi Kadang2 banyak gosip hebat2 pasal diorang nie, tapi aku pun bukan ambik kisah pun, itu hal dioarang. Teringat dulu tak deme datang umah aku @aku datang umah deme pinjam asgment huhuhu. Layan pic dolu2


berbuka pose kat mayang sari


bbq final sem


                                                                 diner last sem


p/s kalo korang tengok , gambo aku and the geng semua kat belakang2, nak wat camner susah  nak enteprem kat depan sekali hehehee

Khamis, 27 Januari 2011

bapak bersara

19 ribulan ritu ada majlis kat smk muzafar shah lambor sempena persaraan bapak aku aka cikgu haron bin ahmad takin . Akhirnya bapak aku dapat gak bersara tahun nie. Dia cakap dia tak larat dah. So dengan rasminya aku akan bersara jugak untuk tolong bapak aku buat list class untuk form1,semak jawapan, dan susun soalan periksa students dia hehe. since aku form 1 aku dah tolong bapak aku. Majlis nampak meriah, and maka aku cakap hadiah memang dapat banyak ,tapi tak bukak habis sebab nak tunggu aku balik hehehee. Kalo tak silap bapak aku dah mengajo kat lambor tu dari tahun tujug puluh lapan .Mak ngan bapak aku pun kenal kat sekolah tu, sebab tu deme kene sanding balik masa majli stu huhu. Semoga bapaak aku lebih happy selepas bersar nie dan tetap bagi aku duit saku hahaaaahhhaa



















nie bekas anak murid bapak aku, dia ada ngjo naku geo kat smis dlu, skrg ngajo kat lambo dah

cepatlah balik!!

Aku dah tak tahan duk kat sini. Cepatlag next week, aku nak balik umah hari rabu pagi. Student lain ramai balik 31-2 ribulan tapi aku tak boleh sebab ada class ecom. Susah nak ponteng sebab baru lagi,kalo dah lamer memang aku ponteng. dah masuk sem 2 aku still tak suka dengan tempat nie. Kadang2 rasa nak behenti belajo jer ,tapi dek memikirkan mak bapak, ptptn dll. Masa sem 1 aku sukakan bilik aku dari pergi kampus,tapi sekarng aku suka pergi kampus berbanding duk dalam bilik.Arggggg, macammana nak buat nie??Sekarang banyak peraturan baru kat asrama. Deme pun sibuk suruh masuk aktiviti tulah,aktiviti nilah, semuanya nak paksa. Ingatkan dah belajo kat universiti nie bolehlah orang takde nak ugut and paksa,tapi nie dah terbalik .Poli dulu lagi bagus tau. Sekarang jaja dah masuk sini pun aku stiill tak happy, tertekan, rasa nak nangis bla..bla. Aku kat port dickson dulu tak penanh nangis and penah sampai 3 bulan tak balik,tap kat sini 3 minggu rasa cam 3 bulan. Deme buat perjumpaan dek sebab nak tunjukan saper da kuasa, dan suka syok sendiri bila cakap, tapi input yang nak bagi zeroooo. 

Rabu, 12 Januari 2011

nasi durian

Saper suka nasi durian??Orang perak kalo tak tahu per tu nasi durian meh datang jumper aku , aku bagi makan penampo sikit huhuuu. Disebabkan durian masih banyak lagi di kebun , so malam tadi masak lah pulut sikit nak makan ngan durian . Cara nak makan nyer kita ramaskan isi durian tu dari bijinyer dan gaulan bersama dengan pulut yang telah dimasak. Isi durian tu biarler seimbang ngan pulut tu bior sedap sikit. Lepas tu letak sikit santan kat pulut yang dah diramas dengan durian tu. Santan tu ikut sedap mana kome suker ,kalo macam tok aku dia gemor banyak santan nyer. Lepas nie cuti sem durian mungkin habis, baik makan kan. Tapi aku dah tak masuk kebun dah sebab trauma sebab kene hempap dek durian baru luruh ,kene kat bahu aku. Nasib tak kene kepala tau.Sejak tu aku memang takut nak masuk dah.Bayangkan pokok durian tu tinggi, bila dia luruh memag laju n duri pun tajam kan. Sampai tak gerak ler tangan aku masaa tu hehehe.....

Selasa, 11 Januari 2011

doa selamat jaja

Hari selasa minggu lepas,jaja sepupu aku tu buat kenduri doa selamat . Pagi tu dalam kul 10 aku sampai telok bakong nak tolong-tolong sikit. Kenduri doa selamat nie dibuat sebab jaja dapat masuk uum . Lepas nie aku adalah kawan kat saner. Susah nak cari yang sekepala tau kat saner. BAnyak yang poyo jer .Jemput orang sebelah-sebelah jer. Ada bihun,pulut kuning, rendang, kuih lompang&sagu.



\\


Rabu, 5 Januari 2011

takziah yuni..

Malam ahad lepas aku baru dapat tau dari piza yang mak kawan aku yuni nie sakit. So aku kan ada konflik sikit ngan yuni sebab boyfriend dia , so aku memang tak contack  sangat. Tapi malam new year tu aku ada wish happy new year kat dia and dia pun ada reply. Malam ahad tu aku tanya lah mak dia  macam maner. Masa tu mak dia memang tak sedar lagi and diorang adik beradik bergilir jaga. Mak dia dah 2 minggu deman bak kata piza lah. Tup-tup pukul 3 pagi aku dapat sms daripada yuni cakap mak dia dah meninggal. Ya allah luluh hati aku bila baca sms tu. Sedih sangat bila dapat tau jadi macam tu. Aku sebenarnyer nak call tapi karang aku nie emotional lagi teruk, macam masa call piza masa tunang dia meninggal dulu ,aku yang lebih2 nangis. Aku just sms yuni ucap takziah dan maaf  tak dapat hadir. mak yuni nie memang baik lah aku cakp. Disebabkan aku nie takde saper kat negeri sembilan, mak yuni pun dah anggap aku ngan pidah macam anak sendiri. Last aku jumpa masa arwah masa last day before aku nak balik perak masa dah habis belaja dulu . arwah mak yuni nie jual sayur and diaorang punya kebun besar tau ,siap ada pekerja lagi tau. Sebab tu lah masa yuni sebelum berhenti poli dulu rumah sewa aku mesti ada sayur banyak.Kesian kat yuni sebab dia ngan mak dia memang rapat ,tambahan dia anak bongsu dan belum kawin lagi .Sesiapa yang baca entry nie marilah kita sedekahkan al fatihah dan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman AMIN

Ahad, 2 Januari 2011

muhibah

Restoren muhibah nie aku makan masa aku kat pj  ritu. Yang belanja sebab tolong jaga batrisyia kat kampung segala dia celebrate first anivesry deme . Makanan dia memang sedap .Tapi panas sikit lah aku rasa hehehe. Batrisyia masa mula sampai dah nak tertido plus merangan nak tetek . Maakan cepat-cepat sebab kedai ti\u nak tutup pukul 2.30. Lepas makan kitaoran pergi ikea sebab nak habiskan baucer .







lala, lemon chicken , sotong grg








kat ikea, soru dulu








kek daim terbaik








tgk batrisyia dah tito









batrisyia asyik nak isap tangan

first 2011

Bengong pulak belog aku nie, Semalam ingatkan jadi 1st entry for 2011 tapi dia jadi 31/12. Aku rasa setting lain aku nie . Takpelah lewat sehari pun boleh lah huhu . Takut nyernyer nak tunggu result keluar. Takut teruk tau. aku takut bapak aku mengamuk . Yelah poli dulu lain, nie dah masuk universiti lain kan . Aku memang macam main-main jer sem 1 ritue. Tak tahan sangat lah duk kat situ. WAlaupun aku bukan jenih yang nak huha all the time bit sometime i need some space for myself and enjoy.Hopefully aku akan lebih tabah mengaharungi cabaran dekat sana and must study hard to make my parents proud hehehee.

Sabtu, 1 Januari 2011

welcome 2011

Hari  ie 1 januari 2011. Semalam celebrate dalam mimpi jer. Sejak bila pulak aku celebrate kat luar kan huhuhu. So azam tahun nie macam maner? Dulu waktu sekolah tulis azam kat dalam buku jer.Awal tahun ada buku tu, tapi ujung tahun nth kemana buku tu sekali dengan azam sekali hehehe. so azam attikah haron tahun nie adalah :
1)mestilah nak lose weight berkilo-kilo  kan
2) belaja lebih rajin
3) kurangkan tido
4)mesti pandai masak lagi
5)cari boyfriend lah huhuhuu