-It is better to laugh about your problems than to cry about them-

Memaparkan catatan dengan label my sedih. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label my sedih. Papar semua catatan

Selasa, 26 Julai 2011

risonyer aku

Takut pulak aku bila aku cek portal aku semalam tengok no bilik aku tak keluar.Maybe aku kene tukar asrama nie. Pidah punya pun sama. Alaa aku taknak kene tukar masuk dalam .tulah kamu nie tikah suruh masuk aktiviti tak nak kan sob2. Mintak mintak lah takde paper. doakan aku ye ....

Khamis, 7 Julai 2011

mood= boring+pening+tensen

Salam , aku sekarang ngah boring pulak. Tak tau nak buat apa dan memikirkan masalah yang sedia ada nie. Nak pergi jejalan punaku bukan tau sangat jalan huhuhu. Btw semalam aku dapat jemputan dari sorang member aku untuk menghadiri majlis pertunangan dia . Agak-agak aku pergi ker. Rasa di hati macam nak pergi,tapi aku tengok cheah ngan chenta dulu. Rasa tak sedap kalo tak pergi sebab masa yang aku kawin dulu dia datang perak. Lagipun masa dia kawin nanti mesti aku tak dapat datang punya kan ,sebab aku malas nak jumpa laki dia hahah. ok lah iman dah balik sekolah dah nie, nak sembang ngan budak nie bye2 .

p/s: semoga segalanya berjalan dengan baik .....

Jumaat, 29 April 2011

alahai

Aduhh aku sudah terdelete posts lamer2. Dah tak dapat bace balik .Macam maner ler aku pergi tekan delete ishh..

Rabu, 5 Januari 2011

takziah yuni..

Malam ahad lepas aku baru dapat tau dari piza yang mak kawan aku yuni nie sakit. So aku kan ada konflik sikit ngan yuni sebab boyfriend dia , so aku memang tak contack  sangat. Tapi malam new year tu aku ada wish happy new year kat dia and dia pun ada reply. Malam ahad tu aku tanya lah mak dia  macam maner. Masa tu mak dia memang tak sedar lagi and diorang adik beradik bergilir jaga. Mak dia dah 2 minggu deman bak kata piza lah. Tup-tup pukul 3 pagi aku dapat sms daripada yuni cakap mak dia dah meninggal. Ya allah luluh hati aku bila baca sms tu. Sedih sangat bila dapat tau jadi macam tu. Aku sebenarnyer nak call tapi karang aku nie emotional lagi teruk, macam masa call piza masa tunang dia meninggal dulu ,aku yang lebih2 nangis. Aku just sms yuni ucap takziah dan maaf  tak dapat hadir. mak yuni nie memang baik lah aku cakp. Disebabkan aku nie takde saper kat negeri sembilan, mak yuni pun dah anggap aku ngan pidah macam anak sendiri. Last aku jumpa masa arwah masa last day before aku nak balik perak masa dah habis belaja dulu . arwah mak yuni nie jual sayur and diaorang punya kebun besar tau ,siap ada pekerja lagi tau. Sebab tu lah masa yuni sebelum berhenti poli dulu rumah sewa aku mesti ada sayur banyak.Kesian kat yuni sebab dia ngan mak dia memang rapat ,tambahan dia anak bongsu dan belum kawin lagi .Sesiapa yang baca entry nie marilah kita sedekahkan al fatihah dan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman AMIN

Sabtu, 18 Disember 2010

mataku

Adoi mata aku dh nak start bengkak . Kene pergi jumpa doctor gak nie. Macam mana nak pergi port dickson kalo mt macam nie..............

Jumaat, 17 Disember 2010

titi gantong

Dah Berapa bulan aku rindukan umah aku kat titi gantong. nak sangat balik saner & buat kehidupan macam dulu.Memaglah aku ada balik saner sekali sekala tapi lain dengan kita terus duduk situ tu. Lain tau rasanyer duduk rumah sendiri dengan rumah orang walaupun sedara kita sendiri. Aku akan tetap rasa laindan terbatas .Nak keluar pun  kene pikir dulu plus keta ada tak  blablablabla...Rasa menumpang pun ada gak. Bila aku tengok kawan-kawan aku lain balik rumah sendiri macam best  best jer. Memanglah yang paling penting jumpa mak bapak kiter tapi aku cuma rindukan rumah kat saner itu jer.Mak aku pun bukan larat dah  nak buat itu ini,aku kesian tengok dia .Kalo  dia tu surirumah sepanjang masa takper gak, nie dia pun koje kan .Yang baiknyer tok aku nie memang baik orangnyer. .Bunyi macam ngada-ngada entry kali nie. Tapi kalo dah rasa macam aku baru bukak mulut, kalo tak diam je..........................................

sakit mata

Ish aku dah 2 hari sakit mata tau. Tak tau ler naper.Ada satu malam tu,rasa macam kene gigit.Sedar jer terus cari apa binatang nyer.Lepas jer menyuluh pakai handphone aku yang bengong light nyer tu aku nampak ...................................................LIPAS. Aduhai lipas yang gigit aku. Binatang punya lipas.Bila tekan jer skit tau.Akhirnya lepas letak ais +eyemre okler sakitnya.........


                                                            gambar ditaja oleh yahoo image

Rabu, 13 Oktober 2010

x housemate tunang

pada tarikh 16/10 nie x housemate aku nak bertunang dengan boyfriend dia amer. diorang nie dah kawan since form 5 lagi kalo tak silap aku. Tapi perhubungan diorang nie ada pasang surutnya and adalah sampai kawan aku nie meroyan hehehe. But i'm happy for them and i wish the best for their future. Tapi yang tak bestnyer aku tak dapat nak datang majlis pertunangan dioarang. Yelah aku kan ada kat sintok sekarang,jauh tu nak ke kuala pilah. Tapi wedding nanti aku confirm datang. so for my friend asrah and partner hopefully that both of you will be happy during that day....