-It is better to laugh about your problems than to cry about them-

Memaparkan catatan dengan label my ramadan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label my ramadan. Papar semua catatan

Ahad, 14 Ogos 2011

kuih raya

Ye semalam aku,pidah ngan mak buat lah sikit kuih raya. Rasenyer dah lamer giler kot tak buat sendiri,asyik kuih tunjuk jer. So semalam kitaorang buat biskut arab ngan biskut kelapa. Harinie pulak buat biskut oat tapi aku guna acu semperit hahaha. Tak lah banyak ,tapi itu jer mampu dibuat .




Ahad, 7 Ogos 2011

kenangan bersahur

Masa kecik- kecik sahur mak aku selalu masak ikan bilis goreng masak ngan sos cili. Sedap sangat bila makan dengan nasi panas . Mak buat macam tu sebab nak bagi selera makan .Yelah kecik kan maner ler nak bangun sahur sangat aku nie. Yang paling susah nak kejut aku rasa abang aku kot,asyik 5 minit jer cakapnyer,tapi tak keluar pun huhuhu. Aku kalo mak aku yang ketuk pun aku cakap kejap,tapi kalo bapak aku ketuk pintu walaupun pelan,aku terus bangkit sebab takut woo hahahaa

Time sekolah menengah ,aku dah start duduk hostel dari form1-5.Ada beberapa kali kot sahur kat saner.Time nie selalu tak sahur lah sebab malas nak bangkit, beratur ambik makan bla blaa.Tapi aku bangun sebab aku tengok dak dorm aku makan plus berborak.Seronok masa sekolah menengah nie tambah bila dah naik form 3 keatas. Tapi tengok warden lah kan.Kalo ko dapat yang merotan ko sebab tak naik surau solat subuh , seronok ker heheheh. 

Ok aku dah start masuk poli. Kalo tak silap dua kali kot aku berpuasa kat saner. Nasib masa sem satu belum nak ramadan sebab aku tak nak sahur kat hostel. Masa aku sem 1 aku duduk hostel. Start sem 2 baru sewa rumah. Memang best sangat duduk menyewa nie sebab dapat kawan satu kepala. Macam kalo ko start citer pasal ikan,lepas tu akan meleret sampai kereta lah. Kalo bab bersahur nie, cheah paling rajin bagkit awal,dia tolong panaskan lauk-lauk .Kekadang sedar jer, udah siap.Ish pemalas aku nie kan hehehee. Nak buat camner sebab tulah cheah yang kawin dulu bukan kitaorang .Tapi chenta lagi pemalas dari aku kot hahaaa (jgn mara nad) .Nad kekadang bangun ,bila nak kene jerit dengan aku ,dia pun bangun dan aku pun tak berape selera tengok dia hahahaa. Yang pelik nyer bila aku,pidah ngan cheah makn nasi ler,burger lah,dia cakap 'pidah aku nak oat kamu sikit'. Adui kenyang ker makan oat ,tapi bila dia start makan mesti kitaorang tengok sesama sendiri sebab geli. Dulu chenta pernah mengigil masa pose,tu yang aku takut jadi balik. Sebab dah tak tahan aku ngan pidah tengok belikan lah ayo tebu bagi elok. Masa tu tak pakai keta,balik kelas jalan kaki ,so bak dia pengsan tengah jalan,kan dah buat drama . 

Start duk uni pulak ,aku lagi jarang sayur sebab kalo kau beli makan jer,ko naik bilik,udah azan kot. Aku duduk tingkat 5 wei, malas ler aku.

Itu jer kenangan aku, alhamdulillah tahun nie kat rumah,kalo kat saner mesti hati aku nie macam dicucuk sembilu.Semoga segalanyer baik Amin 

Jumaat, 5 Ogos 2011

buah tanjung

Salam, dah beberapa hari aku mencari manisan kelantan nie. Teringin beno nak makan huhuhu. Semalam aku cari  kat bazar manjung pun takde. Dulu kat situ memang ada bukak satu kedai yang memang jual manisan kelantan jer, tapi takde pun semalam.Frust nyer.Kat medan gopeng punya bazar pun takde,pelik sikit aku. Nak cari kat s.iskandar malas aku nak pergi situ pulak kang jumpa orang ini lah,orang itulah. Masa kawin k.elly ngan uncle ikram dulu kat kelantan memang best sebab diorang ada hidang kuih nie,siap bagi bawak balik lagi,tapi aku masaa kat kelantan kang aku tak sihat,jadi kuranglah makan nyer.Mana nak cari nie kuih nie. Nak buat tak reti aku....


Ahad, 31 Julai 2011

Lafaz niat

Sebelum berpuasa mari kita berniat dulu.Aku ambil dari wikipedia ..


Lafaz setiap malam. Niat ringkas:
نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.
Lafaz lengkap:
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
  • Sebenarnya bangun untuk bersahur itu sudah dikira berniat untuk berpuasa.
Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan:
Lafaznya:
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala

p/s : Semoga ramadan kali ini membawa satu keberkatan kepada semua ..Amin

ramadan

assalamualaikum . Ye esok semua umat islam akan berpuasa. Aku pun nak mengucapkan selamat berpuasa kepada semua.Semoga ramadan kali ini membawa lebih keberkatan .Semoga takde pape konflik sebab aku pun dah malas  nak mendegar,mehadap dan sebagainya ..